Arsenal Harap Sami Khedira Setuju Tawaran Gaji - Bola Sepak | mStar

Arsenal Harap Sami Khedira Setuju Tawaran Gaji

Diterbitkan: Rabu, 16 Julai 2014 6:00 PM

(Ubah saiz teks)

ARSENAL berharap bintang Jerman, Sami Khedira akan bersetuju dengan terma peribadi yang ditawarkan secepat mungkin bagi menyelesaikan perpindahan bernilai £19.8 juta dari Real Madrid.

The Gunners sebelum ini telah mendapatkan seorang pemain tengah (pertahanan) namun masih memerlukan seorang lagi pada musim panas dan sasarannya ialah Khedira.

Laporan media Sepanyol minggu lalu mendakwa yuran perpindahan Khedira telah dipersetujui di antara kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun, terma peribadi seperti pembayaran gaji oleh Arsenal kepada Khedira masih belum diputuskan setakat ini.

Khedira mahukan gaji seperti di Real Madrid iaitu sebanyak £150,000 seminggu, tetapi ia dikatakan tidak dipersetujui oleh Arsene Wenger.

Germany's Sami Khedira, left, and Mesut Ozil walk over the pitch after the World Cup final soccer match between Germany and Argentina at the Maracana Stadium in Rio de Janeiro, Brazil, Sunday, July 13, 2014. Germany beat Argentina 1-0 to win its fourth World Cup title. (AP Photo/Frank Augstein) AP Photo/Frank Augstein

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Sami Khedira
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan