Jurulatih Juventus Letak Jawatan

Diterbitkan: Rabu, 16 Julai 2014 10:07 AM

Antonio Conte

(Ubah saiz teks)

ROME: Jurulatih Juventus, Antonio Conte mengumumkan peletakan jawatannya di kelab itu awal pagi Rabu.

Menerusi video yang dipaparkan di laman web kelab gergasi Itali itu, Conte menyatakan keputusannya untuk menamatkan kontrak bersama Juventus.

"Saya sudah matang dan apa yang saya rasa membawa kepada keputusan ini.

"Pasti sukar untuk terus mencatat kemenangan bersama Juventus,” kata Conte.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang banyak menyokongnya sebagai pemain dan jurulatih.

"Saya akan sentiasa bersama kamu. Saya mahu katakan perjalanan yang kita lalui beberapa tahun ini bersejarah,” katanya.

Conte, berjaya menjulang Juventus sebagai juara Serie A tiga kali berturut-turut musim lalu.

Kejayaan Juventus pada kali terakhir dicapai pada era 1930-an.

Bekas pengurus Manchester City, Roberto Mancini, yang baru-baru ini dilepaskan kelab Turki, Galatasaray dan bekas pengurus AC Milan, Massimiliano Allegri kini dikaitkan dengan Juventus.
Tags / Kata Kunci: Juventus , Antonio Conte

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan