Piala Dunia Sudah Berakhir Tumpuan Kini Kepada Piala Malaysia Pula

Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 1:17 PM

Wakil dari setiap pasukan yang akan berentap dalam saingan Piala Malaysia bersama trofi yang menjadi rebutan.

(Ubah saiz teks)

PIALA Dunia telah selesai dan kini seluruh tumpuan dan perhatian peminat bolasepak tempatan akan terarah kepada Piala Malaysia pula - piala tertua Asia - yang akan bermula dari 13 Ogos sehingga 3 September ini.

Kejohanan ini akan berehat seketika dari 19 September hingga 4 Oktober bagi memberi ruang kepada pemain-pemain kebangsaan mewakili negara dalam Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan.

Selepas itu kejohanan Piala Malaysia akan disambung semula di peringkat suku akhir pada 3 Oktober sebelum perlawanan separuh akhir pada 24-25 Oktober dan final pada 8 November yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Juara baru Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) telah diundi dalam kumpulan yang paling kuat dan sengit iaitu Kumpulan C bersama-sama Kelantan, Pulau Pinang dan Angkatan Tentera.

Juara bertahan Pahang diundi bersama-sama Lions XII, Felda United dan JDT II dalam Kumpulan A.

Kumpulan B terdiri daripada Terengganu, Sarawak, Perak dan Kedah manakala Kumpulan D pula Selangor, Sime Darby, PDRM dan T-Team.

Dalam pada itu, jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan berkata, mereka yakin akan dapat mempertahankan kejuaraan dengan skuad yang ada kerana sebahagian besar pemain adalah mereka yang beraksi pada perlawanan akhir ketika menentang Kelantan musim lalu.

Zainal yang merupakan penolong jurulatih kepada Dollah Salleh ketika Pahang menjuarai Piala Malaysia musim lalu menambah, semua mata akan tertumpu kepada skuad Pahang kerana mereka adalah penyandang juara.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan