Pemain Perancis Remy Cabella Sertai Newcastle

Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 1:52 PM

Remy Cabella bergambar dengan memakai jersi baru Newcastle United selepas disahkan lulus ujian kesihatan pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

> Cabella Dibeli pada harga £12 juta

> Dia adalah anggota skuad Piala Dunia Perancis

> Cabella kini memegang rekod pemain termahal Newcastle dalam tempoh 9 tahun

KELAB Liga Perdana Inggeris, Newcastle United telah menyelesaikan pembelian pemain Piala Dunia Perancis, Remy Cabella pada harga £12 juta dari kelab Perancis, Montpellier.

Pemain tengah itu telah menjalani pemeriksaan kesihatan di Newcastle United dan selepas itu diumumkan sebagai pemain baru kelab berkenaan.

Cabella, 24, kini mencatat rekod sebagai pemain kedua termahal the Magpies. Rekod pemain termahal Newcastle disandang oleh Michael Owen yang dibeli pada harga £16 juta dari Real Madrid pada 2005.

Pengurus Alan Pardew sebelum ini cuba membeli Cabella Januari lalu selepas Yohan Cabaye menyertai Paris St Germain (PSG) tetapi gagal.

"Dia adalah pemain yang akan mencetuskan fenomena di sini. Dia mempunyai kebolehan, sentiasa bekerja keras dan memberikan komitmen dan itu semua akan memberikan kualiti yang diperlukan oleh kelab ini pada musim baru nanti.

Newcastle bakal kehilangan rakan senegara Cabella, Mathieu Debuchy, yang akan berhijrah ke Arsenal dengan nilai perpindahan sebanyak £11 juta.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan