Low Dedah Ungkapan Rahsia Kepada Goetze

Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 4:44 PM

Low memberi kata-kata semangat kepada Goetze sebelum memulakan aksi pada separuh masa kedua final Piala Dunia, awal pagi Isnin.

(Ubah saiz teks)

JURULATIH Jerman Joachim Low memdedahkan ungkapan rahsia yang dikatakan kepada penjaring tunggal final Piala Dunia, Mario Goetze sebelum beraksi.

Low memberitahu Goetze 'pergi dan tunjukkan kamu lebih baik daripada Lionel Messi'.

Goetze bangkit dari bangku simpanan dan mempamerkan aksi mantap sebelum menyudahkan jaringan voli pada masa tambahan sekaligus memadamkan hasrat Argentina untuk menjulang trofi berprestij ini.

Low berkata: "Dia seorang budak yang luar biasa, ajaib dan boleh bermain dalam semua posisi.

"Saya tahu dia sentiasa boleh membuat keputusan tepat ketika bermain dan menjaringkan gol.

"Saya memberitahunya (pada separuh masa pertama), 'okay tunjukkan pada dunia bahawa kamu lebih baik dari Messi dan  boleh menguasai Piala Dunia.

"Saya dapat rasakan perasaan positif kepadanya."

Jelas Low lagi: "kejayaan ini mengambil masa yang lama, bermula dengan Jurgen Klinsmann dan kami teruskan.

"Tahun demi tahun kami ada peningkatan dan ia hampir 10 tahun persiapan.

"Pemain-pemain sangat menakjubkan dengan kebolehan teknik serta dan tenaga ini akan diteruskan.

"Kami berbangga menang di Brazil, negara yang mempunyai aktiviti bola sepak luar biasa, dan menjadi pasukan Eropah pertama menang di Amerika Latin.

Sementara itu, Goetze menjadi pemain utama sebelum diletakkan di bangku simpnana berkata:"Ia bukan tahun yang mudah buat saya dan bukan juga perlawanan yang senang. Saya banyak 'berhutang' dengan keluarga, teman wanita dan kawan-kawan yang sentiasa percayakan saya.

"Ia bukan mudah tapi saya sentiasa berlatih dengan pasukan dan setiap pemain layak untuk kemenangan ini, kami layak meraih trofi."

Tags / Kata Kunci: joachim low , jerman

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan