Jerman Julang Trofi Piala Dunia Kali Ke-4 - Bola Sepak | mStar

Jerman Julang Trofi Piala Dunia Kali Ke-4

Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 6:06 AM

(Ubah saiz teks)

JERMAN merangkul trofi Piala Dunia buat kali keempat selepas menewaskan Argentina 1-0 pada aksi akhir di Stadium Maracana awal pagi Isnin.

Permainan terpaksa diheret ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan kebal tanpa jaringan pada masa sebenar permainan.

Mario Goetze menjaringkan gol kemenangan selepas menerima hantaran  dari Andre Scuerlle sekaligus menamatkan saingan dengan penuh dramatik.

Kali terakhir Jerman merangkul gelaran ini pada tahun 1990 sebelum 1974 dan 1954.

Selain itu, penyerang Argentina Lionel Messi dipilih sebagai Pemain Terbaik kejohanan tahun ini.
Tags / Kata Kunci: jerman , piala dunia , final
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan