Video Siar Korea Utara Umum Skuad Kebangsaannya Mara Ke Akhir Piala Dunia

Diterbitkan: Ahad, 13 Julai 2014 7:48 AM

Kim Jong-un yang kononnya berada di Brazil diberikan tepukan gemurah oleh para peminat bola sepak negara itu. Foto YouTube

(Ubah saiz teks)

SEBUAH video yang dimuat naik secara dalam talian mendakwa bahawa media Korea Utara memberitahu para peminat bola sepak negara itu bahawa skuad kebangsaannya berjaya memasuki perlawanan akhir Piala Dunia di Brazil.

Umum mengetahui bahawa pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengawal penyebaran maklumat kepada rakyatnya, dengan saluran televisyen di negara itu hanya menyiarkan laporan-laporan yang positif mengenai negara berkenaan.

Bagaimanapun, menerusi satu laporan tidak benar yang disiarkan di YouTube, media negara itu dilihat memaklumkan bahawa Korea Utara sedang mendahului bagi merebut gelaran juara dalam Piala Dunia, sedangkan ia sebenarnya tidak layak untuk memasuki temasya sukan tersebut.

Laporan itu menyatakan bahawa Korea Utara dengan beraninya mengungguli perlawanan bersama Jepun dengan 7-0, Amerika Syarikat (4-0) dan China (2-0) menerusi perlawanan dalam kumpulan sebelum layak ke peringkat akhir bagi menentang Portugal.

Bagaimanapun, sudah tentu perlawanan akhir Piala Dunia yang bakal berlangsung pada awal pagi Isnin, adalah antara Jerman dan Argentina.

Turut dimasukkan dalam liputan itu adalah beberapa sorotan penting daripada beberapa perlawanan, yang menunjukkan pasukan negara itu menjaringkan gol dan bersorak kemenangan, meskipun kesemua klip video itu kelihatan sudah terlalu lama. - metro.co.uk

Tags / Kata Kunci: Piala Dunia , Korea Utara

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan