Man United Dalam Peringkat Akhir Perjanjian Dapatkan Arturo Vidal

Diterbitkan: Ahad, 13 Julai 2014 8:37 AM

Arturo Vidal. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United kini dalam peringkat akhir perjanjian bersama Juventus untuk perpindahan pemain tengah Arturo Vidal.

United telah pun mengadakan rundingan bersama ejen Vida sejak beberapa hari lalu dan sebuah akhbar Chile, La Tercera melaporkan bahawa perjanjian itu kini dalam peringkat akhir untuk mendapatkan pemain itu.

Akhbar berkenaan melaporkan bahawa perjanjian bernilai £32 juta (RM174.54 juta) termasuk dengan perpindahan Patrice Evra ke Juventus, akan dimuktamadkan selepas Piala Dunia.

Louis van Gaal akan menjadikan Vidal sebagai perpindahan masuk ke pasukannya yang pertama selepas dilantik sebagai pengurus Manchester United.

Vidal ketika ini sedang bercuti tetapi dilaporkan sudah bersedia untuk ke England. - metro.co.uk


Tags / Kata Kunci: Manchester United , Arturo Vidal

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan