Luis Suarez Akhirnya Tinggalkan Liverpool Ke Barcelona

Diterbitkan: Jumaat, 11 Julai 2014 9:16 PM

(Ubah saiz teks)

LUIS Suarez, seorang penyerang yang pernah digelar rasis, penipu dan suka menggigit akhirnya meninggalkan Liverpool menerusi perpindahan bernilai £75 juta ke Barcelona.

Liverpool secara rasmi menerima yuran perpindahan tersebut walaupun pada awalnya enggan bersetuju dengan jumlah berkenaan.

Rundingan awal untuk mendapatkan penyerang Uruguay itu tergendala apabila pemain pertukaran, Alexis Sanchez memilih untuk ke Arsenal.

Transaksi tunai oleh Barcelona untuk mendapatkan pemain berusia 27 tahun itu selesai dilakukan selepas kelab tersebut menjual Sanchez kepada Arsenal pada Rabu lalu.

Suarez kini dalam pergantungan selama empat bulan oleh Fifa selepas mengigit pemain pertahanan Itali,  Giorgio Chiellin pada saingan Piala Dunia.

Banned: Luis Suarez has seen his appeal against his four-month ban for biting Giorgio Chiellini rejected

Suarez berkata, bermain di Sepanyol merupakan impiannya dan berharap penyokong Liverpool tidak marah akan tindakannya.

"Saya dengan berat hati terpaksa meninggalkan Liverpool demi meneruskan hidup baru dan aksi lebih mencabar di Barcelona.

"Keluarga saya juga amat mencintai kelab dan bandar yang terpaksa kami tinggalkan," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Barcelona , Liverpool

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan