Jerman: Hummels Kembali Sertai Latihan Pasukan

Diterbitkan: Jumaat, 11 Julai 2014 2:52 PM

Hummels (tengah bersama Manuel Neuer dan Miroslav Klose (kanan) menjalani latihan ringan sebelum final Piala Dunia Isnin ini.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN pertahanan Jerman, Mats Hummels kembali bersama rakan-rakan pasukan menjalani latihan selepas pulih daripada kecederaan lutut.

Skuad Jerman bertuah kerana mempunyai masa lebih sehari menjelang perlawanan akhir Piala Dunia bertemu Argentina awal pagi Isnin ini.

Penolong jurulatih Hansi Flick berkata, Hummels mengalami kecederaan tendon lutut ketika aksi separuh akhir Jerman menentang Brazil Rabu lalu.

"Setakat ini, semua pemain berada dalam keadaan baik menjalani latihan ringan di padang atau mengayuh basikal di tepi padang. Terpulang kepada pemain jenis latihan yang ingin dilakukan," jelas Flick.

Jerman mendapat lebih satu hari masa rehat berbanding Argentina, empat hari selepas akhir separuh akhir.

"Hari rehat sebelum perlawanan adalah perkara paling penting. Pemain-pemain sangat menghargai masa rehat ini," tambahnya.

Tags / Kata Kunci: jerman , matshummels

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan