Fernando Hierro Ganti Zidane Sebagai Penolong Carlo Ancelotti Di Real Madrid

Diterbitkan: Jumaat, 11 Julai 2014 2:55 PM

Fernando Hierro (tiga dari kiri) mengetuai skuad Real Madrid menjulang Piala Eropah pada musim 2002.

(Ubah saiz teks)

> Bekas kapten Fernando Hierro kini adalah penolong pengurus Real Madrid yang baru

> Mengantikan Zinedine Zidane yang akan ambil alih pasukan simpanan Real

> Hierro adalah bekas kapten Galactico yang menjuarai Liga Juara-Juara Eropah 2002

> Pernah bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Bolton Wanderers

> Alvaro Morata pula buat keputusan sertai Juventus

> Arsenal kini membida Sami Khedira

BEKAS kapten Real Madrid, Fernando Hierro telah dilantik sebagai penolong pengurus yang baru mengantikan tempat Zinedine Zidane yang telah diberi mandat baru sebagai pengurus pasukan kedua Real.

Zidane telah menjadi penolong kepada Carlo Ancelotti musim lalu yang menyaksikan mereka muncul sebagai juara baru Piala Eropah dan juga juara Piala Raja Sepanyol.

Pelantikan Zidane sebagai pengurus baru pasukan simpanan Real yang lebih dikenali sebagai Castilla, telah dibuat minggu lalu.

Castilla popular sebagai pentas untuk mencungkil bakat dan bintang akan datang Real yang sebahagian besanya dibarisi oleh pemain-pemain akademi kelab itu.

Hierro, 46, seorang pemain pertahanan yang popular di Real meninggalkan kelab itu pada 2003 bersama-sama bekas pengurus Vicente del Bosque selepas dilabelkan sebagai pemain 'lebihan' oleh presiden Florentino Perez.

Sepanjang kariernya bersama Real, Hierro telah bermain sebanyak 601 kali, menjaringkan 127 gol dan turut bermain mewakili Sepanyol sebanyak 89 kali.

Beliau mengakhiri karier profesionalnya bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Bolton Wanderers sebelum dilantik sebagai pengarah kebolasepakan pasukan kebangsaan Sepanyol.

Sementara itu, pemain Real yang menjadi sasaran Arsenal, Alvaro Morata mendedahkan yang dia berhasrat untuk menyertai kelab Itali, Juventus.

Penyerang tersebut dijadualkan untuk menjalani pemeriksaan perubatan dengan juara Itali itu menjelang hujung minggu ini.

Morata akan menandatangani kontrak empat tahun bersama Juventus dengan harga perpindahan sebanyak £17.5 juta.

Arsenal kini dikatakan terpaksa mengalih perhatian kepada bintang Jerman, Sami Khedira.

Real hanya bersetuju untuk melepaskan Khedira sekiranya Arsenal sanggup membayar sebanyak £24 juta manakala Khedira pula memberi syarat yang dia hanya akan berpindah ke Arsenal jika mereka sanggup membayarnya gaji sebanyak £150,000 seminggu - sekaligus menjadikannya pemain dengan bayaran gaji paling tinggi.

Pemain Arsenal dengan gaji tertinggi sekarang ialah Mesut Ozil yang dibayar £140,000 seminggu.


Tags / Kata Kunci: Fernando Hierro , Zinedine Zidane

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan