Marouane Fellaini Pendekkan Rambut Buat Pertama Kali - Bola Sepak | mStar

Marouane Fellaini Pendekkan Rambut Buat Pertama Kali

Diterbitkan: Jumaat, 11 Julai 2014 2:56 PM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN Belgium, Marouane Fellaini yang terkenal dengan rambut afro bertindak memotong rambutnya sehingga pendek selepas kecewa dengan kegagalan pasukanya pada saingan Piala Dunia.

Tindakan pemain tengah Manchester United itu telah mengejutkan pelbagai pihak kerana dia tidak pernah memendekkan rambutnya sejak bergelar pemain bola sepak profesional.



Fellaini sebelum ini pernah berjanji akan membotakkan kepala jika Belgium berjaya menjuarai Piala Dunia.

Namun, oleh kerana hasratnya tidak kesampaian, dia bertindak memendekkan rambut.

Sekeping gambar Fellaini bersama pendandan rambut kini tersebar di laman sosial. - telegraph.co.uk


Gambar terakhir Fellaini berambut afro dirakam pada awal minggu ketika dia bertemu Raja Belgium. 

Tags / Kata Kunci: Belgium , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan