Fifa Gantung Nigeria Kerana Campur Tangan Kerajaan

Diterbitkan: Khamis, 10 Julai 2014 10:48 AM

(Ubah saiz teks)

BADAN induk bola sepak dunia, Fifa menggantung Persekutuan Bola Sepak Nigeria (NFF) daripada terlibat dalam sebarang kejohanan sukan itu berkuatkuasa serta-merta.

Keputusan pergantungan itu diputuskan oleh Jawatankuasa Kecemasan Fifa selepas mendapati kerajaan negara tersebut mencampuri urusan NFF.

Ia juga merupakan tindakan susulan daripada keputusan Mahkamah Nigeria yang mendapati menteri sukannya telah melantik seorang kakitangan awam sebagai pengelola NFF.

"Mengikut perkara 13 dan 17 statut Fifa mendapati sesebuah persatuan bola sepak perlu diuruskan secara bebas tanpa campur tangan pihak ketiga atau kerajaan," kata satu kenyataan Fifa.

Dalam tempoh pergantungan yang belum diketahui, Nigeria tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang kejohanan, malah negara itu juga bakal terlepas aksi Piala Dunia Wanita pada 15 Julai ini.

Tags / Kata Kunci: Nigeria

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan