Argentina Mara Ke Pentas Akhir Piala Dunia Bertemu Jerman

Diterbitkan: Khamis, 10 Julai 2014 7:02 AM

Pemain Argentina meraikan kemenangan selepas melakukan tendangan penalti pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014 antara Argentina dan Belanda di Arena Corinthians di Sao Paulo, Brazil, awal pagi Khamis. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

ARGENTINA mengisi slot ke pentas akhir Piala Dunia 2014 bertemu Jerman selepas menang melalui penentuan penalti 4-2 ke atas Belanda pada aksi separuh akhir, awal pagi Khamis.

Kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan sehingga masa tambahan.

Argentina yang diketuai Lionel Messi menamatkan kemarau 24 tahun ke pentas akhir selepas kali terakhir 1990.

Permainan seimbang kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan gol yang menyaksikan Belanda kempunan untuk mencipta sekali lagi sejarah ke final selepas edisi 2010 mereka dinobatkan sebagai naib juara, tewas kepada Sepanyol.

Manakala Argentina merangkul trofi Piala Dunia kali terakhir pada tahun 1986.

Tags / Kata Kunci: Argentina , Separuh Akhir , Piala Dunia 2014

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan