Scolari Mohon Maaf Kepada Rakyat Brazil

Diterbitkan: Rabu, 9 Julai 2014 8:10 AM

Luiz Felipe Scolari.

(Ubah saiz teks)

BELO HORIZONTE: Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari meminta maaf kepada seluruh rakyat negara itu selepas skuad bimbingannya menanggung derita kekalahan memalukan apabila dibaham Jerman 7-1, awal pagi Rabu. 

"Saya ingin mohon maaf. Kepada semua rakyat Brazil, saya mohon kemaafan kerana kesilapan negatif ini," kata Scolari, 65 selepas menyaksikan pasukannya dimalukan teruk Jerman pada saingan separuh akhir di laman sendiri. 

Scolari sebelum ini pernah membimbing Brazil menjuarai Piala Dunia pada 2002 turut berkata akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada prestasi hambar skuad bimbingannya. 

"Saya bertanggungjawab atas apa yang pasukan saya lakukan di dalam dan luar padang dan saya yang perlu dipersalahkan dengan keputusan ini. Saya minta maaf kerana kami tidak mampu mencapai sasaran kami. 

"Peminat masih lagi menyokong kami sekalipun kami sudah dibolosi lima, enam atau tujuh gol kepada Jerman.

"Bukan sesuatu yang normal kamu melepaskan empat gol dalam masa enam minit namun ia boleh berlaku. Malah Jerman juga seakan-akan tidak percaya ia boleh berlaku,” kata Scolari yang turut menggambarkan kekalahan itu sebagai hari terburuk buatnya.

"Saya fikir ini hari terburuk saya, namun hidup perlu diteruskan. Saya akan sentiasa dikenang sebagai jurulatih yang tewas 7-1 namun saya sedar itulah risikonya ketika mengambil alih tugas ini. 

"Mesej saya kepada seluruh rakyat Brazil dan peminatnya ialah kami sudah lakukan yang termampu dan kami fikir kami melakukan yang terbaik."

Tags / Kata Kunci: Scolari , Brazil , Piala Dunia

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan