Nike Tamatkan Kerjasama 13 Tahun Dengan Manchester United - Bola Sepak | mStar

Nike Tamatkan Kerjasama 13 Tahun Dengan Manchester United

Diterbitkan: Rabu, 9 Julai 2014 1:02 PM

Jersi baru United bagi musim baru nanti adalah yang terakhir dikeluarkan oleh Nike.

(Ubah saiz teks)

> Adidas kini muncul sebagai pembida utama dengan tawaran penajaan dipercayai sekitar £750 juta

> Nike menaja jersi United sekitar £38 juta setahun

> Pembuat pakaian sukan Amerika itu mengesahkan mereka menarik diri dari rundingan kontrak

NIKE pada Rabu mengumumkan penarikan diri mereka daripada menjadi penaja jersi rasmi kelab terkemuka England, Manchester United dua hari selepas kelab itu memperkenalkan jersi baru mereka untuk musim 2014/15.

Ini bermakna mulai musim 2015/16, United tidak akan muncul lagi dengan jersi Nike sekaligus menamatkan kerjasama selama 13 tahun di antara kedua-dua pihak yang bermula pada tahun 2002.

Adalah dipercayai, Adidas kini menjadi jenama pakaian sukan yang akan mengambil alih tempat Nike bersama pasukan United.

Adidas dan United mempunyai sejarah kerjasama yang panjang kerana United pernah menggunakan jersi keluaran Adidas pada tahun-tahun 80-an.

Nike dalam kenyataan rasmi mereka menyebut bahawa sebarang kerjasama sama ada dengan kelab atau persekutuan bolasepak kebangsaan haruslah bersandarkan faedah bersama tetapi terma-terma yang dikemukakan di bawah pembaharuan kontrak dengan Manchester United tidak mewakili faedah bersama yang dipegang oleh pemilik-pemilik Nike.

"Walau apapun kami berasa bangga dengan kerjasama selama 12 tahun dengan bersama United dan akan terus menaja jersi kelab ini selama semusim lagi sehingga akhir musim 2014/15.

United menerima penajaan sekitar £38 juta daripada Nike untuk musim 2012-13, termasuk perkongsian keuntungan daripada penjualan jersi dan pakaian sukan United di seluruh dunia.

Kini adalah difahamkan perjanjian penajaan baru dengan Adidas akan mencecah £750 juta untuk tempoh 10 tahun.

Tags / Kata Kunci: Nike , Adidas , Manchester United
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan