Klose Cipta Rekod Penjaring Terbanyak

Diterbitkan: Rabu, 9 Julai 2014 8:31 AM

Miroslav Klose.

(Ubah saiz teks)

BELO HORIZONTE: Penyerang Jerman, Miroslav Klose mencipta rekod baharu Piala Dunia apabila menjaringkan gol ke-16 ketika menentang Brazil dalam separuh akhir di Stadium Mineirao, pada Rabu, sekaligus mengatasi rekod yang dipegang oleh bekas penyerang Brazil, Ronaldo.

Penyerang Lazio berusia 36 tahun itu sebelum ini menyamakan rekod 15 gol Ronaldo dalam perlawanan menentang Ghana di saingan peringkat kumpulan pada 22 Jun lalu.

Klose adalah pemain ketiga dalam sejarah Piala Dunia menjaringkan gol dalam empat edisi berlainan dan dia juga penjaring terbanyak Jerman dengan 71 gol daripada jumlah 135 penampilan.

Seperkara lagi, Jerman tidak pernah kalah dalam perlawanan yang menyaksikan Klose menjaringkan gol.

Jurulatih Jerman, Joachim Loew menyifatkan keupayaan Klose beraksi dan menjaringkan gol di pentas paling berprestij seperti Piala Dunia pada usia 36 tahun sebagai sesuatu yang luar biasa dan rekod ini katanya, hanya mampu diatasi oleh Thomas Mueller.

Penampilan Klose yang pertama dalam siri Piala Dunia ialah pada tahun 2002, yang menyaksikannya menjaringkan gol hatrik dalam kemenangan 8-0 ke atas Arab Saudi.

Dia kemudiannya menjaringkan gol lagi dalam perlawanan menentang Republik Ireland yang berkesudahan 1-1 dan kemudian menjaringkan gol seterusnya dalam kemenangan 2-0 ke atas Cameroon.

Malangnya walaupun Jerman berjaya sampai ke final dalam temasya tahun itu tetapi Klose gagal menjaringkan gol lagi.

Empat tahun selepas itu dalam temasya 2006, Klose menjaringkan lima gol, cukup untuk dia mengutip gelaran 'kasut emas' sebagai penjaring terbanyak.

Pada edisi 2010, Klose masih mampu menjaringkan empat lagi gol.

SENARAI PENJARING GOL TERBANYAK PIALA DUNIA:

> Miroslav Klose 16 gol

> Ronaldo 15

> Gerd Muller 14

> Just Fontaine 13

> Pele 12

> Jurgen Klinsmann 11

> Gary Lineker 10



Tags / Kata Kunci: Klose , Jerman , Piala Dunia

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan