Tawaran Gaji Rendah, Cole Tetap Pilih Roma

Diterbitkan: Selasa, 8 Julai 2014 12:22 PM

(Ubah saiz teks)

ASHLEY Cole tiba di Itali pada Isnin dalam persediaan menyertai kelab Serie A, Side Roma walaupun gaji yang ditawarkan lebih rendah daripada sebelum ini.

Pemain pertahanan yang kontraknya tidak disambung oleh kelab Chelsea bersetuju mengikat perjanjian selama dua tahun, bersama gaji asas £1.8 juta (RM9.81 juta) satu musim atau £35,000 (RM 190,822 ) seminggu.

Pun begitu, dipercayai kontrak tersebut bakal diisi dengan insentif kenaikan gaji, malah Cole juga turut ditawarkan pilihan untuk musim ketiga.

Nilai gaji yang bakal diterima Cole nanti menyaksikan pengurangan berbanding dengan yang diterimanya ketika berada di Chelsea dan Arsenal sebelum ini.

Cole menerima gaji  £55,000 ketika di Arsenal manakala jumlah itu meningkat apabila berpindah ke Stamford Bridge dengan nilai £200,000 seminggu sehinggalah dia dilepaskan dari kelab itu.

Perpindahan Cole ke Itali bermakna tamat 17 tahun kariernya di Liga Perdana Inggeris yang menyaksikan Cole telah merasai gelaran utama domestik serta trofi peringkat Eropah.

Pemain berusia 33 tahun ini hilang posisinya di Chelsea kepada Cesar Azpilicueta bermula musim lalu.

Sejak itu, Cole lebih banyak berada di bangku simpanan sehingga menyebabkan dia tidak mendapat perhatian jurulatihb England Roy Hodgson untuk ke Brazil sebelum ini.

Dia mengambil keputusan untuk bersara daripada aksi antarabangsa awal tahun ini.

Tags / Kata Kunci: ashley cole , chelsea , roma

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan