Pele Setuju Hukuman Ke Atas Suarez - Bola Sepak | mStar

Pele Setuju Hukuman Ke Atas Suarez

Diterbitkan: Jumaat, 4 Julai 2014 2:04 PM

Pele

(Ubah saiz teks)

LEGENDA bola sepak Brazil Pele berkata, hukuman FIFA terhadap Luis Suarez yang melarang pemain itu terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak selama empat bulan adalah adil.

Penyerang Uruguay itu digantung FIFA selepas didapati bersalah menggigit pemain pertahanan Itali, Giorgio Cheillini baru-baru ini.

Hero Santos itu menekankan hukuman tersebut perlu dijadikan contoh."Sekiranya dia tidak dikenakan hukuman, insiden seperti itu akan terus berulang.

"Hukuman tersebut dijadikan sebagai contoh.

"Dia seorang pemain yang hebat dan akan kembali ke arena ini," jelas Pele.

Sementara itu Ahli Lembaga Badan Disiplin FIFA, Claudio Sulser berkata: "Pemain itu tidak boleh ada kaitan dengan aktiviti bola sepak, tetapi ujian kesihatan untuk pemindahan dibenarkan kerana hukuman tidak ada kaitan dengan peraturan itu".

Suarez dalam radar perhatian Barcelona yang kini sedang memberi fokus untuk mendapat pemain itu secara tunai.

Dalam tempoh 48 jam akan datang, Suarez dijangka akan menjadi milik kelab The Catalan itu dengan harga perpindahan £80 juta (RM438 juta). 

Tags / Kata Kunci: pele , brazil , luis suarez , uruguay , liverpool , barcelona
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan