Belum Ada Persetujuan Dengan Real Madrid - Kroos - Bola Sepak | mStar

Belum Ada Persetujuan Dengan Real Madrid - Kroos

Diterbitkan: Jumaat, 4 Julai 2014 11:24 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah Jerman, Toni Kroos berkata, dia akan tunggu sehingga tamat Piala Dunia untuk berbincang mengenai karier kelabnyanya musim depan.

Khabar angin melaporkan pemain Bayern Munich ini bersetuju untuk menyarung jersi Real Madrid musim depan.

Menurut akhbar Sepanyol, Marca pemain itu akan ke Madrid dengan yuran berpindahan sebanyak £19.9 juta (RM108.90 juta) musim baharu nanti.

Bagaimanapun, Kross menafikan laporan tersebut.

"Kenapa kamu mengambil banyak banyak gambar secara tiba-tiba! Maaf, saya tidak boleh tolong kamu. Tidak semua cerita saya boleh beri komen.

"Dengan jelas saya cakap, tiada keputusan dibuat ketika Piala Dunia. Saya mahu fokus pada aksi ini. Tiada ada apa yang telah dipersetujui," tegasnya.

Tags / Kata Kunci: toni kross , jerman , bayern munich
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan