Falcao, Rodriguez Bukan Untuk Dijual - Monaco

Diterbitkan: Jumaat, 4 Julai 2014 1:24 PM

Vasilyev memperkenalkan Leonardo Jardim (kiri) sebagai pengurus baharu kelab Monaco.

(Ubah saiz teks)

NAIB presiden Ligue 1, Vadim Vasilyev menegaskan tidak ada mana-mana pemain yang akan meninggalkan kelab musim ini termasuk Radamel Falcao dan James Rodriguez.

Kenyataan tersebut merupakan tindak balas mengenai laporan sebuah akhbar Sepanyol yang mengatakan Real Madrid menyimpan jersi no.9 kepada Falcao.

"Tidak ada sebarang perbincangan dengan mana-mana kelab mengenai Falcao. Kami mengharapkan Falcao dan yakin dia akan mengharungi musim cemerlang pada tahun 2014-15 di Monaco," jelasnya ketika majlis memperkenalkan pengurus baharu Monaco Leonardo Jardim.

Falcao terpaksa berehat panjang berikutan kecederaan di lutut pada Januari lalu sehingga tidak dapat beraksi dalam saingan Piala Dunia bersama Colombia.

Pun begitu, Colombia cukup bertuah kerana memiliki seorang lagi ayam tambatan,Rodriguez yang kini mendahului untuk gelaran 'Kasut Emas' dengan lima gol keseluruhan aksi di Brazil.

Falcao dan Rodriguez (kiri) pemain penting Monaco.


Rodriguez  berhijrah ke Monaco dari Porto tahun lalu dengan yuran bernilai £36 juta (RM197 juta).

"Kita bayar dengan harga yang besar untuk Rodriguez dan semua orang tertarik dengannya dan ini membuktikan apa yang kita buat adalah betul.

"Kami memang percaya kepada pemain ini, dia sangat penting buat kita. Kami yakin Rodriguez dan Falcao akan meneruskan sesuatu yang cemerlang dengan kelab ini musim depan," kata Vasilyev.
Tags / Kata Kunci: James Rodriguez , Radamel Falcao , monaco , colombia

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan