Man City Pasang Harapan Dapatkan Eliaqium Mangala - Bola Sepak | mStar

Man City Pasang Harapan Dapatkan Eliaqium Mangala

Diterbitkan: Rabu, 2 Julai 2014 8:53 PM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER City berharap dapat menjadikan pertahanan tengah Porto, Eliaqium Mangala sebagai barisan pemainnya pada musim panas ini.

Pemain berusia 23 tahun itu kini menjadi keutamaan bagi pengarah kelab tersebut, Txiki Begiristain dan pengurusya, Manuel Pellegrini.

City sebelum ini telah memerhati pemain terbabit selama 18 bulan untuk diletakkan sebagai pasangan kepada Vincent Kompany.

City dilaporkan cuba mendapatkan pemain terbabit  dari Porto sejak Januari lalu, namun yuran perpindahan sebanyak £50 juta yang dituntut menjadi penghalang.

Hal ini kerana kelab berkenaan juga perlu mengeluarkan belanja untuk mendapatkan pemain tengah, Fernando sebanyak £12 juta.

Tags / Kata Kunci: Porto , Manchester City
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan