Chelsea Tawar Kontrak Kepada Penyerang Nigeria, Ikat Mendes

Diterbitkan: Selasa, 1 Julai 2014 11:05 AM

Emmanuel Emenike

(Ubah saiz teks)

KELAB Chelsea menawarkan perjanjian bernilai £15 juta (RM82.27 juta) kepada penyerang Nigeria Emmanuel Emenike dari kelab Fenerbahce.

Emenike merupakan ayam tambatan Nigeria yang membantu pasukan negaranya beraksi dalam kelompok 16 pasukan Piala Dunia, namun tewas 2-0 di tangan Perancis awal pagi Selasa.

Pemain berusia 27 tahun itu juga turut membantu kelabnya meraih trofi Liga Super Turki musim lalu dengan mengumpul 12 gol dalam 28 penampilan liga.

Dalam masa itu, Chelsea juga dilaporkan bersetuju mengikat Tiago Mendes dengan kontrak selama dua tahun.

Pemain berusia 33 tahun itu bebas selepas kontraknya bersama Atletico Madrid tamat musim lalu.

Sebelum ini, pemain Portugis itu pernah bersama Chelsea pada tahun 2005 sebelum berpindah ke Lyon.

Ketika bersama The Blues, Mendes turut membantu kelab ini dengan menjulang tiga trofi - Piala Perisai Komuniti, Piala Liga dan Liga Perdana dengan menjaringkan empat gol dalam 34 penampilan.

Tags / Kata Kunci: Emmanuel Emenike , nigeria , chelsea

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan