Robben Minta Maaf Kerana 'Jatuhkan Diri'

Diterbitkan: Isnin, 30 Jun 2014 10:11 AM

Robben (tengah) dijatuhkan dalam kotak penalti dalam perlawanan pusingan kedua Piala Dunia menentang Mexico di Arena Castelao, Fortaleza, awal pagi Isnin.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN Belanda Arjen Robben memohon maaf di atas tindakannya yang sengaja menjatuhkan diri dalam kemenangan 2-1 ke atas Mexico, tetapi menegaskan kejadian sebelum keputusan muktamad diumumkan 'adalah penalti'.

Pemain tengah Belanda itu diberikan beberapa sepakan percuma apabila 'dijatuhkan' pemain lawan dalam perlawanan pusingan kedua Piala Dunia di Fortaleza, awal pagi Isnin dan diberikan sepakan penalti pada masa kecederaan.


"Saya mesti meminta maaf," Robben memberitahu media Belanda, NOS selepas wisel penamat.

"Pada akhir perlawanan ia adalah penalti, tetapi yang lainnya, pada separuh masa pertama saya menjatuhkan diri. Saya tidak patut melakukannya."

Pemian Bayern Munich ini menyerahkan tugas sepakan penalti kepada pemain ganti, Klaas Jan Huntelaar, yang tenang menyumbat gol sekali gus menghantar Belanda ke suku akhir.

"Biasanya saya selesa mengambil penalti, tetapi tidak kali ini," kata Robben.

"Saya pasti Huntelaar mampu melakukannya. 

"Ia adalah detik untuk dirinya, dia berhak mendapatkannya. Saya hampir menangis kerana beremosi. Kami mahu menang, untuk berjuang bersama-sama sebagai satu pasukan. Saya sangat bangga."

Rafael Marquez, pemain yang dihukum mengasari Robben dalam kotak penalti, tidak bersetuju dengan keputusan penting itu. 

"Saya percaya ia bukan penalti," katanya.

"Saya rasa saya menyentuh tanah tetapi saya tidak menyentuhnya, mungkin dia yang menyentuh saya." 

Kapten Mexico itu berkata Robben, 30, yang mempunyai kerjaya yang menyenangkan, tetapi sering dituduh menjatuhkan dirinya dengan sengaja, telah menyalahgunakan semangat permainan. 

"Bagi 10 kesalahan yang dia terima, dia sengaja mejatuhkan badan lebih lima kali, dan itu bukan permainan yang adil," kata Marquez. 

"Itu perlu diubah. Malangnya dalam Piala Dunia ini ia bukan hanya sekali atau dua kali perkara-perkara seperti itu menjejaskan kami, tetapi saya tidak mahu menjadikan itu alasan."
Tags / Kata Kunci: Robben , jatuhkan diri

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan