Costa Rica Terus Cipta Kejutan, Mara Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Isnin, 30 Jun 2014 7:51 AM

(Ubah saiz teks)

COSTA RICA mencipta sejarahnya tersendiri apabila pertama kali layak beraksi di peringkat suku akhir Piala Dunia selepas menewaskan Greece menerusi sepakan penalti dalam perlawanan di Arena Pernambuco, awal pagi Isnin.

Greece dan Costa Rica kedua-duanya gagal menyumbat sebarang gol pada babak pertama tetapi berjaya mengikat kedudukan 1 - 1 pada sepatuh masa kedua sehingga tamat 90 minit permainan.

Kebuntuan gol dipecahkan oleh Costa Rica terlebih dahulu pada minit ke-52 di mana gol dihadiahkan oleh Bryan Luiz.

Kedudukan Costa Rica agak goyah selepas pemain mereka Oscar Duarte dilayangkan kad merah pada minit ke-66, dalam keadaan pasukan ini mempunyai kelebihan satu gol.

Greece mengambil peluang ini dan tidak mudah mengaku kalah apabila akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada saat-saat akhir, hasil sepakan Sokratis Papastathopoulos.

Juara kumpulan D itu akan bertemu Belanda di peringkat suku akhir selepas sebelum ini mengejutkan dunia dengan memalukan dua jaguh bola sepak dunia, England dan Itali.

Tags / Kata Kunci: Costa Rica , suku akhir , Greece

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan