Piala Dunia 2014: Mesut Ozil Buat Keputusan Tidak Berpuasa

Diterbitkan: Ahad, 29 Jun 2014 2:21 PM

Mesut Ozil

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Pusingan kalah mati Piala Dunia yang bermula serentak dengan awal Ramadan memerlukan pemain-pemain beragama Islam membuat keputusan sama ada mahu menunaikan ibadat puasa selama sebulan itu atau sebaliknya. 

Perancis, Jerman, Switzerland, Belgium, Algeria dan Nigeria adalah antara pasukan yang mempunyai pemain beragama Islam.

Semua penganut agama Islam dewasa yang sihat diwajibkan menunaikan ibadat puasa itu selama sebulan, tetapi terdapat pengecualian dan puasa boleh ditangguhkan dalam keadaan tertentu.

Seorang pemain yang telah membuat keputusan adalah pemain Jerman, Mesut Ozil.

"Saya tidak dapat mengambil bahagian kerana saya bekerja."

Pihak berkuasa agama di beberapa negara mengambil sikap yang pragmatik berhubung perlawanan bola sepak dan bulan Ramadan di mana makan tidak dibenarkan pada waktu siang.

Pada tahun 2008, Dar al-Ifta, sebuah badan Islam utama di Mesir, membenarkan pemain bola sepak profesional makan pada bulan Ramadan jika mereka terikat dengan kontrak untuk bermain dalam bulan suci dan jika mereka merasakan bahawa dengan berpuasa akan memberi kesan terhadap prestasi mereka.

Pekerja lain yang terlibat dalam "kerja keras" juga diberi pengecualian.

Ozil berkata dirinya termasuk dalam kategori ini, sambil menambah adalah mustahil untuk beliau berpuasa pada tahun ini. 

Seorang lagi pemain yang tidak berpuasa ialah pemain pertahanan Perancis Bacary Sagna. 

Sagna menegaskan bahawa Islam memberi kelonggaran kepada umat Islam untuk tidak berpuasa dalam kes-kes tertentu.

"Sebagai seorang Muslim saya tahu beberapa undang-undang yang membolehkan anda untuk tidak berpuasa. Saya tidak akan berpuasa tetapi saya menghormati mereka yang akan menunaikan ibadat ini," kata pemain yang berasal dari Senegal, yang dilaporkan EFE.

Pemain Piala Dunia yang berpuasa pada bulan Ramadan akan berada di bawah pengawasan perubatan yang ketat. 

Pemain pasukan Algeria hampir kesemuanya akan berpuasa apabila mereka bertemu Jerman di Porto Alegre pada 1 Julai.


Pasukan Algeria mendapatkan khidmat rundingan Hakim Chalabi, seorang pakar perubatan sukan di klinik Aspetar di Doha dan salah seorang daripada pakar untuk pemain bola sepak yang berpuasa yang terkemuka dalam FIFA.

"Ia adalah tempoh di mana risiko kecederaan meningkat, terutamanya di bahagian belakang, sendi dan otot," kata Chalabi.

"Ini adalah kerana dehidrasi dan bukan kerana kekurangan makanan.

"Pemain boleh kehilangan sehingga enam liter (11 pain) air semasa perlawanan," katanya. 

Beliau yang merupakan bekas ketua perubatan di kelab bola sepak gergasi Perancis Paris St Germain, berkata tahap dan kualiti pemakanan terpaksa ditukar untuk menyesuaikannya dengan senaman semasa Ramadan.

"Pemain-pemain mesti menghidratkan diri mereka sebaiknya. Kami juga menasihati mereka untuk tidur pada waktu siang lebih panjang kerana waktu tidur yang berkurangan.

"Umat ​​Islam kurang tidur pada waktu malam kerana terdapatnya peraturan dalam pemakanan," katanya.

Menurut kapten Algeria Majid Bougherra, minum secukupnya adalah bahagian yang paling sukar dalam Ramadan.

"Tetapi kami semua OK. Sesetengah pemain boleh menangguhkan puasa. Dalam kes saya, saya akan melakukannya sejajar dengan keadaan fizikal saya. Tetapi saya fikir saya akan melakukannya."

Sensitiviti agama berkaitan bulan Ramadan juga membimbangkan beberapa jurulatih, terutamanya dalam pasukan yang terdiri daripada campuran latar belakang etnik.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps berkata beliau tidak akan memberi sebarang arahan kepada pemain Muslim dalam pasukannya, termasuklah pemain tengah Paul Pogba. 

"Ini adalah satu topik yang sensitif dan halus," kata Deschamps.

"Saya tidak mempunyai arahan untuk diberikan. Kami menghormati agama semua orang. Para pemain sudah terbiasa dengannya, kita belum lagi berdepan dengannya. Saya tidak mempunyai kebimbangan."

Chalabi berkata mungkin juga terdapat rangsangan psikologi semasa bulan puasa.

"Agak menghairankan terdapat beberapa atlet yang menunjukkan persembahan yang lebih baik pada bulan Ramadan kerana mereka benar-benar mahu berpuasa," kata doktor itu.
Tags / Kata Kunci: ramadan , Piala Dunia , Mesut Ozil

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan