Colombia Tempah Tiket Ke Suku Akhir Bertemu Brazil

Diterbitkan: Ahad, 29 Jun 2014 7:33 AM

Pemain pertahanan Uruguay, Jose Maria Gimenez (kiri) cuba mencabar pemain tengah Colombia, James Rodriguez dalam perlawanan Piala Dunia 2014 peringkat kalah mati di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, awal pagi Ahad. -foto AFP

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Colombia yang menang bergaya menewaskan Uruguay 2-0 dalam perlawanan peringkat kalah mati di Stadium Maracana di sini bakal berdepan Brazil di peringkat suku akhir.

Tiket itu sekali gus membawa juara kumpulan C itu beraksi buat pertama kali di pentas suku akhir sepanjang penampilannya di Piala Dunia.

Colombia mengambil peluang terhadap Uruguay yang tempang tanpa Luis Suarez yang digantung daripada beraksi selama empat bulan.

Rembatan James Rodriguez dari luar kotak penalti pada minit ke-28 meletakkan Colombia di hadapan.

Uruguay, walaupun tidak pernah jemu melakukan serangan harus akur dengan nasib mereka apabila Rodriguez sekali lagi menyumbat gol kedua pada babak kedua perlawanan, pada minit ke-50.

Gol kedua Rodriguez sekali gus mengangkat pemain itu sebagai penjaring terbanyak Piala Dunia 2014 setakat ini dengan jumlah lima gol.

Uruguay jelas tidak bernasib baik apabila terlepas banyak peluang menjaringkan gol baik pada babak pertama perlawanan mahu pun pada babak kedua.
Tags / Kata Kunci: suku akhir , Colombia

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan