Algeria Mara Jumpa Jerman Di Pusingan Kedua

Diterbitkan: Jumaat, 27 Jun 2014 7:43 AM

Islam Slimani (tengah) meraikan gol penyamaan Algeria bersama pasukannya.

(Ubah saiz teks)

CURITIBA: Algeria layak ke pusingan kedua Piala Dunia selepas bangkit untuk mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika bertemu Rusia dalam aksi terakhir Kumpulan H di Arena da Baixada di Curitiba, awal pagi Jumaat.

Dalam kelompok 16 terakhir nanti, Algeria akan berdepan juara Kumpulan G, Jerman. 

Rusia mendahului seawal minit keenam menerusi jaringan Alexander Kokorin yang menyambut hantaran melintang daripada Dmitry Kombarov sebelum membuat tandukan padu merobek gawang Algeria.

Namun, penjaga gol Rusia, Igor Akinfeev dikritik penyokong negara itu apabila dikaitkan sebagai punca kepada gol penyamaan Algeria pada minit ke-60. 

Dia terkeluar daripada garisan dan gagal menyekat sepakan percuma oleh Yacine Brahimi yang kemudian ditanduk masuk Islam Slimani. 

Dalam perlawanan berasingan Belgium pula muncul juara Kumpulan H selepas menewaskan Korea Selatan 1-0 yang tersingkir bersama skuad Rusia pimpinan pengurus Fabio Capello. 

Belgium akan bertemu Amerika Syarikat (AS) di pusingan kedua nanti.

Penyingkiran Korea menyaksikan tiada wakil Asia di pusingan kedua selepas Australia, Jepun dan Iran turut tersingkir di peringkat kumpulan.

Tags / Kata Kunci: Algeria , Rusia , Piala Dunia

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan