Fowler Minta Suarez Tinggalkan Liverpool

Diterbitkan: Khamis, 26 Jun 2014 3:12 PM

(Ubah saiz teks)

BEKAS penyerang Liverpool, Robbie Fowler percaya Luis Suarez akan meninggalkan kelab itu musim depan selepas pemain itu sekali lagi terlibat dengan insiden menggigit pemain lawan.

Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA)  kini sedang meneliti laporan Suarez menggigit pemain Itali Giorgio Chiellini pada Rabu ketika aksi peringkat Kumpulan D Piala Dunia yang menyaksikan Uruguay menang 1-0.

Jika didapati bersalah, ia bakal mencatat hukuman ketiga Suarez bagi kesalahan yang sama berikutan sebelum ini turut  menggigit lengan pemain pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic dan satu lagi pada tahun 2010 ketika bersama Ajax.

Fowler yakin Liverpool sudah hilang sabar dengan kelakuan Suarez walaupun sebelum ini pihak pengurusan sudah memberi peluang.

"Kebanyakan penyokong Liverpool amat menyukainya sebagai pemain, namun kelakuan tersebut memberi nama buruk kepada kelab ini.

Robbie Fowler


"Ia satu perkara yang betul selepas apa yang kelab lakukan kepadanya. Saya tidak terkejut jika Suarez tinggalkan Liverpool sekarang.

"Dia seorang yang berbeza ketika di padang. Saya bingung kerana dia membawa nama baik Liverpool dengan kelakuannya itu.


"Kamu tidak boleh terus mempertahankan dia," jelas Fowler.
Tags / Kata Kunci: robbie fowler , luis suarez , liverpool , uruguay

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan