Balotelli Model Jersi Baharu Arsenal, Metrai Kontrak Sebelum 10 Julai

Diterbitkan: Rabu, 25 Jun 2014 11:15 AM

(Ubah saiz teks)

ARSENAL dijangka akan menyelesaikan perjanjian untuk mendapatkan Mario Balotelli sebelum 10 Julai depan bagi membolehkan bintang Itali itu tampil dalam majlis pelancaran jersi baharu tajaan Puma.

The Gunners yang dilaporkan telah bersedia dengan tawaran sebanyak £27 juta kepada Balotelli kini sedang membuat persiapan untuk memperkenalkan jersi tajaan Puma.

Menurut satu laporan di Itali, Arsenal dan Puma telah bersetuju untuk menjadikan Balotelli sebagai model dalam majlis promosi jersi baharu itu kelak.

Arsenal mendapat pulangan tinggi hasil penjualan jersi dan jumlah itu meningkat selepas Mesut Ozil menyertai skuad bimbingan Arsene Wenger.

Penyertaan Balotelli sebagai model jersi baharu tajaan Puma dijangka akan menaikkan lagi jumlah pendapatan kelab berkenaan dalam penjualan jersi pada musim depan.

Terdahulu, Wenger telah membuat kenyataan bahawa dia telah menemui Balotelli di Brazil untuk membincangkan soal permindahan.

Bagaimanapun AC Milan dilaporkan belum bersedia untuk berbincang mengenai penjualan penyerang mereka setakat ini.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , AC Milan , Brazil , Puma

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan