Sepanyol Akhiri Kempen Piala Dunia Tewaskan Australia

Diterbitkan: Selasa, 24 Jun 2014 2:06 AM

Villa mencatat gol peribadi ke-59 pketika aksi Piala Dunia bertemu Australia.

(Ubah saiz teks)

JUARA bertahan, Sepanyol mengakhiri kempen Piala Dunia 2014 dengan menewaskan Australia pada aksi terakhir peringkat Kumpulan B, awal pagi Selasa.

La Roja menguasai perlawanan sejak awal permainan dengan membuka jaringan pertama melalui David Villa pada minit ke-36.

Australia yang juga tersingkir awal pada edisi tahun ini mempamerkan permainan kemas melalui hantaran pendek.

Bekas penjaga gol Liverpool, Jose Reina diturunkan pada perlawanan terakhir ini menggantikan Iker Casillas.

Babak kedua menyaksikan Vicente del Bosque membuat pertukaran dengan mengeluarkan Villa dan memasukkan Juan Mata.

Villa kelihatan terharu selepas mencatat 97 kap dan 59 untuk Sepanyol sepanjang kariernya.

Sementara itu, penyerang Chelsea, Fernando Torres menambah satu lagi jaringan buat Sepanyol pada minit ke-69 selepas menerima hantaran kemas dari Iniesta sebelum menolak masuk bola ke gawang, menewaskan penjaga  gol Socceroos.

Mata tidak mensia-siakan peluang terakhir ini dengan menambah bilangan gol pada minit-82.

Lapan minit terakhir perlawanan, Sepanyol sekali membuat pertukaran dengan memasukan pemain tengah Manchester City, David Silva menggantikan posisi Xabi Alonso.

Australia menamatkan kempen tahun ini ditangga keempat kumpulan tanpa sebarang mata.

Senarai pemain:

Sepanyol:Reina, Juanfran,Ramos,Albiol, Alba, Alonso, Cazorla, Koke, Iniets, Torres, Villa

Australia: Ryan, Davidson,Spiranovic,Taggart, Oar,Bozanic,Jedinak,Leckie,McGowan,McKay, Wilkinson

Tags / Kata Kunci: Belanda , Australia , Piala Dunia , kumpuan B

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan