Mexico Iringi Brazil, Tempah Pertemuan Dengan Belanda

Diterbitkan: Selasa, 24 Jun 2014 8:08 AM

Pemain Mexico meraikan kejayaan mereka mara ke pusingan kedua.

(Ubah saiz teks)

RECIFE: Mexico mengiringi Brazil mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Croatia 3-1 dalam aksi terakhir Kumpulan A di Arena Pernambuco, awal pagi Selasa.

Kemenangan itu bagaimanapun sekadar meletakkan Mexico selaku naib juara kumpulan selepas dibezakan dengan tiga gol berbanding pasukan tuan rumah. 

Selepas buntu mencipta jaringan pada babak pertama, rentak perlawanan pasukan kendalian pengurus Miguel Herrera berubah pada separuh masa kedua.

Gol pembukaan Mexico dijaringkan kapten pasukan, Rafael Marquez menerusi tandukan pada minit ke-72. 

Walaupun menguasai permainan, gawang Croatia berjaya dibolosi  Mexico pada minit ke-87 menerusi rembatan cantik Andres Guardado yang menewaskan penjaga gol Croatia, Stipe Pletikosa. 

Jaringan ketiga Mexico pula disumbang penyerang gantian, Javier Hernandez pada minit ke-82 yang tercipta hasil daripada sepakan sudut Hector Herrera. 

Croatia terus berusaha keras untuk merapatkan kedudukan menerusi Ivan Perisic pada minit ke-87 namun sudah terlewat untuk bangkit apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain gantian, Ante Rebic dilayangkan kad merah.

Mexico akan bertemu Belanda yang juga naib juara dunia, empat tahun lalu di Afrika Selatan pada pusingan kedua.

Tags / Kata Kunci: Mexico , pusingan kedua , Piala Dunia , Belanda

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan