Thibaut Courtois Akan Kembali Ke Chelsea - Pengurus Belgium

Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 8:35 AM

Thibaut Courtois. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

PENGURUS skuad kebangsaan Belgium, Marc Wilmots membenarkan Thibaut Courtois untuk kembali ke Chelsea pada musim panas ini.

Prestasi Thibaut Courtois yang cemerlang bersama Atletico Madrid dilihat sudah cukup meyakinkan Chelsea untuk memulangkan penjaga gol itu kembali ke Stamford Bridge. 

Courtois berjaya membawa Atletico sebagai juara La Liga Sepanyol musim 2013/2014.

Sejak dibawakan dari kelab asal Belgiumnya, Genk, Courtois sudah menjalani tiga musim terakhirnya sebagai pemain pinjaman di Atletico. 

Dilaporkan bahawa pada musim panas ini Pengurus Chelsea Jose Mourinho tertarik untuk membawanya kembali ke Barat London.

Perkara itu dilihat akan menjadi kenyataan. Ini kerana Wilmots sendiri membenarkan anak didiknya itu yang kini dalam skuad kebangsaan pada Piala Dunia 2014 untuk kembali ke Chelsea.

Ya, dia akan kembali ke Chelsea pada musim panas ini," kata Wilmots.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan