Antonio Valencia Sambung Kontrak Bersama Man United Hingga 2018

Diterbitkan: Ahad, 22 Jun 2014 3:11 PM

(Ubah saiz teks)

ANTONIO Valencia telah menandatangani kontrak baharu bersama Manchester United yang akan tamat pada 2018, umum kelab tersebut.

Pemain sayap yang mengetuai skuad Piala Dunia Ecuador ketika menewaskan Hosduras 2-1 berkata, kontrak selama tiga tahun itu ditandatangani bagi membolehkan dia berkerjasama dengan pengurus baharu United, Louis van Gaal.

Penolong pengurus United, Ryan Giggs, berkata, "Saya benar-benar gembira Antonio telah menandatangani kontrak baharu.

"Sumbangannya kepada pasukan sejak menyertai kelab ini pada tahun 2009 cukup menakjubkan.

"Antonio merupakan pemain yang hebat dari segi kelajuan berlari selain berstail, malah dia juga bersikap profesional ketika menjalani latihan bersama saya."

Sementara itu Velancia memberitahu, peluang bermain di United juga ibarat mimpi yang menjadi kenyataan apabila tampil sebagai pemain Ecuador pertama berjaya memenangi Piala Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Saya sangat gembira dapat menandatangani perjanjian baharu untuk berkerjasama dengan Van Gaal sekaligus akan berusaha bersama rakan lain untuk mendapatkan semula kejuaraan EPL," ujarnya

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Ecuador

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan