Miroslav Klose Selamatkan Jerman Dari Dikalahkan Ghana - Bola Sepak | mStar

Miroslav Klose Selamatkan Jerman Dari Dikalahkan Ghana

Diterbitkan: Ahad, 22 Jun 2014 7:04 AM

Pemain Jerman, Benedikt Hoewedes (jersi nombor empat) menandukkan bola ke hadapan gawang Ghana di mana jaringan dilakukan oleh penyerang Miroslav Klose pada perlawanan kumpulan G Piala Dunia 2014 antara Jerman dan Ghana di Arena Castelao di Fortaleza, Brazil pada awal pagi Ahad. Foto AP

(Ubah saiz teks)

DALAM perlawanan hidup mati menerusi persaingan Kumpulan G dalam Piala Dunia 2014 ketika menentang Jerman awal pagi Ahad, Ghana mampu tampil dengan aksi cemerlanganya dari segi pertahanan dan serangannya. Namun, jaringan yang dibuat penyerang Jerman, Miroslav Klose menggagalkan tiga mata yang mampu diraih pasukan The Black Star itu.

Jerman yang tampil lebih baik dan mendominasi perlawanan, mampu melakukan banyak peluang. Melalui kerja sama Mesut Oezil, Mario Goetze, dan Thomas Mueller, Die Mannschaft yang mendapatkan banyak peluang, namun seluruhnya masih mudah ditangani oleh corak permainan terancang Ghana dalam pertahanannya.

Klose menyelamatkan Jerman apabila melakukan jaringan penyamaan dengan mengikat Ghana dengan jaringan 2-2.

Jerman terlebih dahulu meraih jaringan menerusi Goetze pada minit ke-51. Namun, Ghana mampu membalas dua gol pada minit ke-54 melalui Andre Ayew dan Asamoah Gyan pada minit ke63). 

Keadaan itu menyebabkan  membuat pengurus pasukan, Joachim Low melakukan perubahan dengan memasukan Bastian Schweinsteiger dan Miroslav Klose yang menggantikan Goetze dan Sami Khedira.

Ternyata keputusan menjadi penyelamat buat Jerman. Pada minit ke-71, Klose berjaya melakukan jaringan penyamaan dengan memanfaatkan tandukkan Benedict Hoewedes di hadapan gawang Ghana. 

Barisan pemain:

Jerman – Neuer, Boateng, Mertesacker, Hummels, Howedes, Khedira, Lahm, Kroos, Ozil, Gotze, Muller. Subs: Mustafi, Klose, Schweinsteiger.

Ghana – Dauda, Asamoah, Mensah, Boye, Afful, Mutari, Rabiu, Ayew, Boateng, Atsu, Gyan. Subs – Ayew, Wakaso, Badu.


Tags / Kata Kunci: Miroslav Klose , Piala Dunia 2014 , Jerman , Ghana
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan