Kegagalan England, Sepanyol - Berita Baik Untuk Kelab EPL

Diterbitkan: Ahad, 22 Jun 2014 9:54 AM

Kegagalan England membuatkan pemain kelab gergasi liga negara itu pulang dengan lebih awal untuk membantu pasukan masing-masing melakukan persediaan.

(Ubah saiz teks)

KEGAGALAN England ke pusingan kalah mati kempen Piala Dunia merupakan berita baik kepada kelab-kelab gergasi di negara itu yang akan menghadapi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Antara kelab yang dilaporkan 'gembira' dengan kegagalan skuad England ialah Liverpool, Manchester City dan Manchester United.

Pasukan bimbingan Roy Hodgson akan pulang ke London selepas menghadapi perlawanan terakhir menentang Costa Rica pada Selasa ini.

Kepulangan pemain penting kepada kelab masing-masing itu memberi kelebihan kepada setiap pasukan untuk melakukan persediaan musim depan.

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers dijangka akan memberikan cuti selama empat minggu kepada Steven Gerrard, Daniel Sturridge, Raheem Sterling, Jordan Henderson, Glen Johnson dan pemain baharunya, Rickie Lambert.

Mereka kemudian akan kembali dengan lebih cergas untuk membantu kelab memulakan musim baharu yang dijangka lebih mencabar.

Bagi Manchester United pula, kegagalan England akan membawa pulang Wayne Rooney, Danny Welbeck, Phil Jones dan Chris Smalling lebih awal untuk membuat persediaan bertemu pengurus baharu Louis van Gaal.

Selain itu, Old Trafford juga akan menerima kepulangan Juan Mata dan David de Gea berikutan kegagalan Sepanyol yang kalah dalam dua perlawanan berturut-turut.

Manchester City juga dapat melakukan persediaan lebih awal untuk mempertahankan kejuaraan EPL dengan kepulangan pemain England.

Selain penjaga gol, Joe Hart, James Milner, City juga akan menerima kepulangan pemain Sepanyol serta Perancis yang tidak disenaraikan untuk mewakili negara mereka.


Tags / Kata Kunci: EPl , Liverpool , Manchester

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan