Gol Minit Akhir Lionel Messi Bawa Argentina Ke Pusingan Kedua

Diterbitkan: Ahad, 22 Jun 2014 7:37 AM

Pemain Argentina, Lionel Messi selepas menjaringkan gol buat pasukan itu dalam perlawanan Kumpulan F Piala Dunia 2014 antara Argentina dan Iran di Stadium Mineirao di Belo Horizonte, Brazil awal pagi Ahad. Foto AP

(Ubah saiz teks)

PERTEMBUNGAN antara Argentina dan Iran dalam perlawanan Kumpulan F Piala Dunia 2014 menyaksikan pasukan itu terus mengepung pertahanan Prince of Persia, akhirnya mampu meraih jaringan menerusi aksi Lionel Messi pada masa kecederaan.

Di sepanjang perlawanan, Argentina mempunyai penguasaan bola sebanyak 72 peratusan menerusi percubaannya ke pintu gawang Iran sebanyak 17 kali, di mana lima di antaranya mengarah ke gawang yang dikawal oleh penjaga gol Ali Reza Haghighi. Namun, sering kali dapat dipertahankan pihak lawan.

Namun, meskipun Iran hanya memiliki 28 peratus dalam penguasaan bolanya, pasukan di bawah pengurus Carlos Queiroz mampu tampil lebih baik pada babak kedua dan mengancam pertahanan Argentina. Tedapat tiga tendangan ke arah gawang dari empat percubaan oleh pasukan itu namun kesemuanya tidak mampu meraih sebarang jaringan.

Argentina yang terus mengasak pertahanan Iran, akhirnya berhasil memperoleh jaringan pada minit ke-90+1. Satu jaringan itu dilakukan oleh Lionel Messi menerusi sepakan yang tidak mampu diatasi Haghighi.

Kemenangan itu membuatkan Argentina layak ke pusingan dunia dalam Piala Dunia 2014 selepas menewaskan Iran dengan jaringan 1-0.

Tags / Kata Kunci: Lionel Messi , Argentina , Iran , Piala Dunia 2014

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan