Gelaran Juara Liga Perdana 2014 Milik PDRM - Bola Sepak | mStar

Gelaran Juara Liga Perdana 2014 Milik PDRM

Diterbitkan: Sabtu, 21 Jun 2014 11:20 AM

Pemain-pemain PDRM menjulang jurulatih mereka, Dollah Salleh sebaik sahaja donobatkan sebagai juara Liga Perdana 2014.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan gelaran sebagai juara Liga Perdana musim 2014 selepas mengalahkan Negeri Sembilan 4-0 di Stadium Tuanku AbdulRahman, Paroi, Jumaat.

Mengumpul 52 mata daripada 16 kemenangan, skuad Sang Saka Biru mengatasi pencabar terdekat, Felda United FC dengan kelebihan lima mata, sekali gus tidak mengubah kedudukan skuad 'The Fighters' pada perlawanan terakhir liga Selasa depan.

PDRM akan menamatkan kempen musim ini dengan menentang Kedah manakala Felda United akan melengkapkan jadual liga dengan bertemu Perlis.

Dalam pada itu, Perlis tersingkir ke Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) musim depan bersama pendatang baharu liga, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang FC (PBAPP FC) selepas masing-masing menghuni tangga ke-11 dan 12.

Pada pertemuan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, kedua-dua pasukan tersebut seri 1-1.Berdasarkan peraturan FAM, juara dan naib juara Liga Perdana 2013 layak secara automatik ke Liga Super 2014 manakala dua pasukan tercorot Liga Perdana akan turun ke Liga FAM.

Sementara itu, PDRM bermula garang apabila penyerang berbisanya, Bobby Gonzales membuka jaringan seawal minit keenam sebelum Mohd Fauzi Abdul Majid menggandakan jaringan pada minit ke-39.

Pasukan pelawat terus menghukum Negeri Sembilan pada babak kedua perlawanan menerusi jaringan Ali Ashfaq  pada minit ke-48 sebelum Mohd Shahril Izwan Abdullah mengesahkan  kemenangan bagi PDRM pada minit ke-69.

Naib juara Liga Perdana, Felda United membelasah UiTM FC 8-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Lapan gol Felda United dijaringkan oleh Mohd Raimi Mohd Nor pada minitke-20, Edward  Junior Wilson (44' dan 47'), Ndumba Makeche (83'), Syahid Zaidon (84') dan hatrik oleh Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-62, 88 dan 92.

Lain-lain keputusan, turut mencatat kemenangan pada perlawanan malam ini,Sabah  mengalahkan DRB Hicom 1-0 di Stadium Likas, Sabah manakala Johor DarulTa'zim II mencatat kemenangan 2-1 ke atas SPA Putrajaya di Stadium Hang Jebat,Melaka.

Pulau Pinang mengesahkan tempat di tangga ketiga liga dengan 43 mata selepasseri 1-1 dengan Kedah di Stadium Darul Aman,  Alor Setar.Sementara itu dalam aksi Liga Super, pendahulu liga, Johor Darul Ta'zim(JDT) hanya selangkah untuk bergelar juara liga selepas mengalahkan Kelantan 3-0di Stadium Tan Sri Hassan  Yunos, Larkin.

Skuad Harimau Selatan terus mendominasi carta Liga Super selepas mencatatkemenangan  ke-12 dengan mengumpul 41 mata iaitu dengan kelebihan empat mata di hadapan pencabar utama, Selangor.

Mohd Amirul Hadi Zainal membuka jaringan pasukan pelawat pada minit ke-28sebelum Mohd Nazrin Mohd Nawi menambah jaringan pada minit ke-52.

Luciano Figueora kemudiannya menjaringkan gol ketiga dan seterusnya mengesahkan kemenangan bagi pasukan JDT pada minit ke-88.Impian Terengganu untuk menduduki tangga kedua liga berkecai setelah pasukan dari Pantai Timur itu terikat 1-1 oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Skuad Penyu berjaya memecah kebuntuan menerusi jaringan Mohd Nor Farhan Muhammad pada minit ke-59 sebelum pemain import ATM, Fabrice Noel menyamakan kedudukan pada minit ke-64.

Terengganu kini menduduki tangga keempat dengan 33 mata dengan baki satu perlawanan manakala Pahang di tangga ketiga dengan 34 mata dengan baki dua perlawanan.

Tags / Kata Kunci: Liga Perdana , PDRM , Juara
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan