Suarez Ledak Dua Gol Tewaskan England - Bola Sepak | mStar

Suarez Ledak Dua Gol Tewaskan England

Diterbitkan: Jumaat, 20 Jun 2014 5:22 AM

Suarez meledak dua gol kemenangan ke atas England.

(Ubah saiz teks)

LUIS Suarez menjadi hero pasukan Uruguay selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas England pada aksi Piala Dunia Kumpulan D, Jumaat.

Walaupun baharu sahaja pulih daripada kecederaan lutut, Suarez mampu beraksi dengan baik dan mengganggu corak permainan England.


Pastinya Suarez menghadiahkan dua jaringan ini kepada jurulatih Oscar Tabarez yang memberi kepercayaan kepadanya untuk berdepan dengan The Three Lions.

Suarez membuka jaringan pada minit ke-39 dengan mudah melepasi barisan pertahanan England.

Sementara itu, gol penyamaan hadir melalui Wayne Rooney pada minit ke-75 hasil daripada hantaran Johnson.

Namun Suarez sekali lagi menewaskan penjaga gol England, Joe Hart untuk jaringan kemenangan Uruguay.

Senarai pemain 

England: Hart, Johnson,Cahill,Jagielka, Baines,Henderson,Gerrard,Sterling,Rooney,Welbeck, Sturridge

Uruguay:Muslera,Caceres,Gimenez,Godin,Pereira,Gonzalez,Rios,Lodeiro, Rodriguez, Cavani, Suarez

Tags / Kata Kunci: luis suarez , liverpool , uruguay , piala dunia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan