Tewas 2 Kali, Pengurus England Enggan Letak jawatan

Diterbitkan: Jumaat, 20 Jun 2014 4:19 PM

Pengurus England, Roy Hodgson.

(Ubah saiz teks)

NEGARA yang mempelopori sukan bolasepak, England yang kemudian mengeksportnya ke seluruh dunia sebagai satu-satunya sukan yang paling digemari di atas muka bumi kini berhadapan dengan kebarangkalian akan tersingkir dari pusingan awal Piala Dunia.

Hanya nasib yang akan menghalang mereka daripada pulang awal berbanding pasukan-pasukan kerdil yang lain seperti Switzerland, Iran dan Costa Rica.

England telah mengharungi dua daripada tiga perlawanan peringkat kumpulan dan kedua-duanya mereka tewas - 1-2 di tangan Itali dan kemudian sekali lagi 1-2 di tangan Uruguay.

Hanya 28 hari yang lalu, penyerang Uruguay, Luis Suarez, 27, dirakamkan sedang meninggalkan hospital di atas kerusi roda selepas menjalani pembedahan lutut sehingga mencetuskan tanda tanya apakah dia sempat sembuh menjelang temasya Piala Dunia tetapi awal pagi tadi, dia dipapah keluar padang oleh rakan-rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol kemenangan pasukannya.

Kekalahan itu menyebabkan England hanya boleh mara ke peringkat kalah mati jika dua lagi pasukan di dalam kumpulan mereka tewas dan mereka pula harus menang dengan lebih dari tiga jaringan menentang Costa Rica yang kini sedang mendahului kumpulan.

Pendek kata, untuk membuka laluan kepada England, Itali harus menumpaskan Costa Rica dan Uruguay - tidak boleh seri, tidak boleh kalah.

Berdasarkan prestasi semasa, nampaknya sukar bagi England untuk menumpaskan Costa Rica 3-0 sepertimana yang harus mereka lakukan.

Dalam pada itu, Pengurus England, Roy Hodgson berhadapan dengan tekanan supaya meletakkan jawatan sebaik sahaja temasya ini selesai.

Tetapi media-media Britain melaporkan yang dia tidak mahu melepaskan jawatannya dengan serta merta walaupun ini adalah persembahan terburuk England di pusingan akhir Piala Dunia sejak 1954.

Ketika ditanya oleh para pemberita, apakah dia ingin menimbang semula peranannya sebagai pengurus selepas dua tahun memimpin skuad kebangsaan, Hodgson berkata: “Tidak. Saya tidak mempunyai sebarang hasrat untuk meletakkan jawatan. Sebaliknya saya berpuas hati dengan respon dan tugas yang dilakukan oleh pemain-pemain saya. Memang benar saya kecewa tetapi saya tidak fikir terdapat keperluan segera untuk saya berhenti, memang tidak. Tetapi jika pihak Persatuan Bolasepak Kebangsaan merasakan saya harus pergi dan saya bukanlah orang yang sesuai lagi untuk tugas ini lagi, itu adalah keputusan yang mereka harus lakukan, bukan saya."

Kontrak Hodgson bersama skuad kebangsaan adalah sehingga Kejohanan Eropah di Perancis pada 2016.

Tags / Kata Kunci: England , Roy Hodgson , Piala Dunia 2014

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan