Bekas Bintang Brazil Kaka Akan Sertai Liga Amerika

Diterbitkan: Jumaat, 20 Jun 2014 3:32 PM

Kaka (kanan) ketika beraksi mewakili AC Milan.

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain terbaik dunia dan Eropah, Kaka dari Brazil dilaporkan bakal menyertai pasukan Liga Amerika Syarikat, Orlando City mulai musim 2015.

Pemain AC Milan yang berusia 32 tahun itu dikatakan terlebih dahulu akan dipinjamkan kepada kelab asalnya di Brazil, Sao Paulo, musim depan sebelum berpindah ke Amerika.

Portal berita Britain, Mail Online melaporkan, bekas pemain tengah Real Madrid itu bakal menjadi pemain ternama kedua yang akan beraksi di Liga Amerika selepas pemain Sepanyol,  David Villa menyertai New York City sejurus sebelum bermulanya Piala Dunia.

Sebelum kembali menyertai Milan, Kaka bermain untuk Real Madrid tetapi malangnya, kecederaan lutut yang berulang telah mengekang kelincahannya dan juga reputasinya sebagai salah seorang pemain terbaik dunia. 

Kaka lebih banyak menghabiskan masa di bangku simpanan daripada kesebelasan utama.

Kaka pernah mewakili Brazil sebanyak 87 kali. Dia bagaimanapun tidak tersenarai dalam skuad Piala Dunia Brazil kali ini.

Tags / Kata Kunci: Kaka , Brazil , AC Milan , Orlando City

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan