Misi Pertahan Gelaran Juara Dunia Berakhir Buat Sepanyol

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 5:25 AM

Vargas menjaringkan gol pertama Chile.

(Ubah saiz teks)

PASUKAN Sepanyol terpaksa akur melupakan misi mempertahan gelaran juara dunia yang dijulang empat tahun lalu selepas tewas 2-0 pada perlawanan kedua Kumpulan B bertemu Chile, Khamis.

Permainan Sepanyol agak kucar-kacir memudahkan pemain-pemain Chile mengatur serangan lebih pantas.

Gol pertama Chile hadir pada minit ke-20 melalui Eduardo Vargas selepas dia tidak kawal di kawasan penalti dan mudah menewaskan penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas.

Mendahului pasukan juara bertahan itu,  menjadikan anak buah Jorge Sampaoli lebih rancak mengatur serangan demi serangan.

Penyudah tumpul pemain Sepanyol gagal meledakkan sebarang gol pada babak pertama.

Sebelum itu, pemain tengah Chile, Charles Aranguiz pada minit ke-43 menambah derita Sepanyol dengan menjaringkan gol kedua pasukannya.

Babak kedua menyaksikan pertukaran pemain bagi skuad Sepanyol dengan Koke mengantikan Xabi Alonso.

Minit ke-63 jurulatih Sepanyol Vicente del Bosque sekali lagi membuat pertukaran dengan mengeluarkan Diego Costa dan memasukkan Fernando Torres.

Manakala minit ke-67 penjaring kedua Chile, Aranguiz digantikan dengan Felipe Gutierrez.

Kedua-dua pasukan gagal mencari sebarang gol pada separuh masa kedua.

Sepanyol gagal memperbaiki keputusan sekaligus melengkapkan rekod kalah kali kedua berturut-turut selepas tewas 5-1 kepada Belanda Ahad  lalu.

Senarai pemain:

Sepanyol - Casillas, Azpilicueta, Javi Martinez, Ramos, Jordi Alba, Busquets, Xabi Alonso,Iniesta,Diego Costa

Chile -Bravo,Medel, Silva,Jara, Diaz,Aranguis, Vidal, Sanchez, Vargas
Tags / Kata Kunci: sepanyol , chile , piala dunia , kumpulan b

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan