Sepanyol Berputih Mata, Ikut Jejak Tiga Juara Dunia Lain

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 2:49 PM

Pasukan Piala Dunia Sepanyol 2014

(Ubah saiz teks)

PASUKAN Sepanyol membuat kejutan awal kepada peminta-peminat bola sepak seluruh dunia selepas menjadi pasukan pertama tersingkir dalam saingan peringkat kumpulan pada aksi Piala Dunia 2014 di Brazil.

Sepanyol berada dalam Kumpulan B bersama Belanda, Chile dan Australia.

Bergelar juara pada aksi 2010 di Afrika Selatan, pasukan yang dikenali La Roja ini gagal mempamerkan aksi mantap sejak pada perlawanan pembukaan bertemu Belanda Sabtu lalu.

Harapan untuk melihat aksi sengit tidak kesampaian apabila tewas 5-1 kepada pasukan naib juara empat tahun lalu.


Sepanyol juara Piala Dunia 2010


Pun begitu, peluang menebus kekalahan gagal dimanfaatkan oleh pemain-pemain Sepanyol  apabila turut tewas 0-2 kepada Chile.

Tewas dua kali berturut-turut bermakna anak buah Vicente del Bosque ini hanya akan melengkapkan jadual perlawanan ketiga bertemu Australia.

Empat tahun lalu Sepanyol dijulang sebagai pasukan terbaik dunia, namun sebaliknya berlaku di Brazil tahun ini.

Sepanyol mengikut jejak langkah tiga lagi pasukan bergelar juara iaitu Brazil, Perancis dan Itali yang tersingkir di peringkat kumpulan.

Brazil selaku juara dunia lima kali (1958,1962,1970,1994,2002) turut mengalami pengalaman sama pada tahun 1966 tersingkir di peringkat kumpulan.

Begitu juga juara 1998, Perancis yang tersingkir awal pada edisi Piala Dunia 2002 ketika Jepun dan Korea Selatan menjadi tuan rumah bersama.

Manakala juara dunia tiga kali, Itali (1934,1938,2006) menerima nasib malang apabila trofi yang dijulang di Jerman gagal dipertahankan.

Itali tersingkir pada peringkat kumpulan pada kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Tags / Kata Kunci: sepanyol , itali , perancis , brazil , piala dunia

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan