Zaman Kegemilangan Sepanyol Sudah Berakhir - Casillas

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 12:32 PM

(Ubah saiz teks)

PENJAGA gol Sepanyol, Iker Casillas mengakui zaman kegemilangan pasukannya sudah berakhir selepas tewas 2-0 kepada Chile bagi aksi Kumpulan B Piala Dunia, Khamis.

Casillas sekali lagi dipersalahkan pada penampilannya yang ke-156 ini kerana gawangnya dengan mudah dibolosi lawan.

La Roja
terkeluar daripada saingan peringkat kedua selepas dua perlawanan yang menyaksikan pasukan bimbingan Vincent Del Bosque tewas 5-1 kepada Belanda.

Casillas,35, merupakan penjaga gawang kelab Real Madrid memainkan peranan penting dalam skuad Sepanyol lebih kurang enam tahun yang menyaksikan mereka berjaya bergelar juara Piala Dunia 2010 serta merangkul trofi Kejuaraan Eropah 2008 dan 2012.

Dalam pada itu, Casillas belum pasti sama ada akan terus menyarung jersi Sepanyol pada masa akan datang.

"Saya tidak tahu, betul-betul tidak tahu sebelum berbuat demikian," katanya.

Selain itu, Del Bosque memerlukan masa untuk memikirkan masa depannya bersama Sepanyol dan apa yang terbaik bagi bola sepak negara ini.

"Memang benar apabila berdepan dengan situasi seperti ini di Piala Dunia atau kejohanan lain, akan timbul pelbagi kemungkinan.

"Namun saya belum memikirkan apa-apa lagi  buat masa sekarang. Kami masih ada masa untuk mengkajinya dan sudah tentu bukan sekarang.

"Saya akan fikir dan fikir apa yang akan kami lakukan. Saya percaya pasukan ini hebat tetapi kami perlu membuat keputusan apa yang terbaik buat bola sepak Sepanyol dan itu yang akan saya lakukan," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Iker Casillas , Sepanyol , Piala dunia , penjaga gol

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan