Maradona Kecewa Tidak Dibenar Masuk Stadium

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 7:36 AM

Diego Maradona.

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona mendakwa dia dihalang daripada memasuki Stadium Maracana bagi menyaksikan perlawanan antara negaranya dan Bosnia, Ahad lalu.

Selepas Pele mendedahkan dia terpaksa mendengar perlawanan babak pertama Brazil menentang Croatia menerusi radio kerana tersangkut dalam kesesakan jalan raya, Maradona pula meluahkan rasa kecewa tidak dibenarkan masuk ke dalam stadium. 


Selepas dihalang masuk bekas pemain Argentina berusia 53 tahun itu yang membantu pasukan negaranya menjulang Piala Dunia pada 1986 terpaksa pulang semula ke hotel dan menyaksikan perlawanan berkenaan menerusi kaca televisyen. 

"Saya tidak dibenarkan masuk dan terpaksa pulang ke hotel untuk menyaksikan perlawanan pada separuh masa kedua.

"Saya sudah lakukan semua perkara diminta tetapi mereka tetap tidak membenarkan kami masuk. Semoga masalah ini dapat diselesaikan kerana saya mahu pergi dan melihat Argentina bermain pada perlawanan seterusnya,” katanya kepada TYC Sport. 

Sementara itu, jurucakap Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai sebarang masalah yang dihadapi Maradona itu. 

"Kami tidak menerima apa-apa laporan. Saya membaca artikel berita dan kita sudah berkali semak. 

"Mungkin dia pergi ke tempat di mana dia tidak mempunyai akses diperlukan. Kita tidak menerima apa-apa daripada dia atau orang lain," kata jurucakap itu.

Tags / Kata Kunci: Maradona , Piala Dunia

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan