Crotia Menang Besar 4-0 Ke Atas Cameron

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 7:05 AM

Pemain Crotia, Mario Mandzukic (kiri) cuba menanduk bola melepasi pemain pertahanan Cameroon Nicolas Nkoulou pada perlawanan kumpulan A antara Cameroon dan Croatia di The Amazonia Arena di Manaus, Brazil dalam saigan Piala Dunia 2014. - Foto AFP.

(Ubah saiz teks)

MANAUS: Pasukan Croatia mencatatkan kemenangan besar ke atas Cameron dalam saingan Kumpulan A, Piala Dunia 2014 yang berlangsung di Arena da Amazonia, Manaus, Brazil pada awal pagi Khamis. 

Gol Crotia dijaringkan oleh Ivica Olic (min11), Ivan Perisic (min48) dan Mario Mandzukic minit ke-61 dan 73. 

Pada separuh pertama Croatia berjaya mengatasi Cameroon 1-0. 

Agak malang buat pasukan Cameroon apabila tonggak utama mereka, Alex Song dilayangkan kad merah pada minit ke-40 kerana mengasari Mario Mandzukic. 

Penyerang Cameroon, Samuel Eto'o tidak akan diturunkan dalam perlawanan penting ini selepas kecederaan lutut dan ia sedikit sebanyak menjejaskan kekuatan wakil Afrika itu. 



Tags / Kata Kunci: Cameroon , Crotia , Piala Dunia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan