Belgium Menang 2-1 Ke Atas Algeria - Bola Sepak | mStar

Belgium Menang 2-1 Ke Atas Algeria

Diterbitkan: Rabu, 18 Jun 2014 2:27 AM

Fellaini (kiri) menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-70.

(Ubah saiz teks)

BELGIUM menang 2-1 ke atas Algeria pada aksi perlawanan pembukaan kumpulan H Piala Dunia, awal pagi Rabu.

Skuad kendalian Marc Wilmots  itu ketinggalan 1-0 pada babak pertama selepas pemain Algeria menjaringan gol pertama melalui sepakan penalti yang dilakukan oleh Sofiane Feghouli pada minit ke-25.

Namun tandukan penyamaan Maroune Fellaini pada minit ke-70 mengubah rentak permainan Belgium menguasai kubu pertahanan Algeria.

Sepuluh minit selepas itu, Dries Mertens memastikan kemenangan berpihak kepada mereka dengan melakukan percubaan di luar kotak penalti.

SENARAI PEMAIN:

Belgium: Courtois, Alderweireld, Kompany, Vertonghen, Witsel, De Bruye, Dembele, Lukaku, Hazard, Van Buyten, Chadli

Algeria: Mbolhi,Bougherra, Ghoulam, Halliche, Feghouli, Mediani, Bentaleb, Saudani, Taider, Mahrez, Mostefa

Tags / Kata Kunci: piala dunia , Belgium , algeria
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan