Makanan Kegemaran Suarez Dirampas

Diterbitkan: Rabu, 18 Jun 2014 11:04 AM

Produk tofi kegemaran Uruguay yang dirampas dikatakan punca kekalahan pasukan itu pada perlawanan pertama Piala Dunia.

(Ubah saiz teks)

PENYOKONG Uruguay bimbang tindakan pihak berkuasa Brazil merampas makanan kegemaran pasukan itu membawa petanda buruk menjelang perlawanan menentang England pada kempen Piala Dunia 2014.


Sejumlah 36 kilogram sapuan tofi berjenama dulce de leche yang menjadi hidangan pasukan dari Selatan Amerika itu dirampas sebaik tiba di Sete Lagoas dekat Belo Horizonte pada 9 Jun lalu.

Berperisa karamel, ia sesuai dimakan bersama cake dan roti bakar dan menjadi kegemaran Luis Suarez.

Setakat ini, pegawai di Lapangan Terbang Confins masih enggan melepaskan produk itu kerana masalah sijil kesihatan.

Malah, sinonimnya Uruguay dengan hidangan itu menyebabkan insiden itu dikatakan menjadi punca kekalahan pasukan itu pada perlawanan sulung menentang Costa Rica pada Sabtu apabila tewas mengejut 3-1.

Akhbar utama Uruguay, El Pais melaporkan: "Mungkin ada alasan lain yang menyebabkan kekalahan Uruguay 3-1 pada perlawanan pertama Piala Dunia, kekurangan dulce de leche selepas pihak berkuasa kesihatan Brazil merampas produk itu yang dibawa khas untuk pasukan negara."

Agensi berita Uruguay pula berkata: "Ada ketikanya kekalahan yang dialami tiada kaitan dengan bola sepak."

Tags / Kata Kunci: Uruguay , dulce de leche

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan