Gol Kerzkakhov Selamatkan Rusia - Bola Sepak | mStar

Gol Kerzkakhov Selamatkan Rusia

Diterbitkan: Rabu, 18 Jun 2014 9:06 AM

Penjaga gol Korea Selatan, Jung Sung-ryong gagal menyelamatkan bola yang dihantar ke gawang oleh pemain Rusia Alexander Kerzhakov dalam saingan Piala Dunia peringkat Kumpulan H di Arena Pantanal di Cuiaba, Brazil,awal pagi Rabu.

(Ubah saiz teks)

CUIABA (Brazil): Alexander Kerzhakov menyelamatkan Rusia pada perlawanan Piala Dunia apabila menjaringkan gol tiga minit selepas masuk sebagai pemain gantian untuk seri 1-1 dengan Korea Selatan dalam perlawanan pagi Rabu.

Penyerang Zenit St Petersburg itu telah dibawa masuk pada minit ke-71 selepas pemain ganti pasukan lawan, Lee Keun-Ho meletakkan Korea Selatan di hadapan dengan sepakan yang dibuat dari jarak 30 meter ke gawang Rusia pada minit ke-68.

Keputusan itu menjadikan kedua-dua negara ketinggalan di bawah Belgium yang mendahului Kumpulan H selepas menewaskan Algeria 2-1 dalam perlawanan terdahulu.

"Reaksi dan tindak balas daripada pemain benar-benar baik," kata jurulatih Rusia Fabio Capello apabila ditanya mengenai gol pembukaan yang dijaringkan Korea.

"Itu adalah penting bagi saya," katanya.
Tags / Kata Kunci: Piala Dunia 2014 , Rusia , Korea SElatan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan