Joachim Low Puji Aksi Muller

Diterbitkan: Selasa, 17 Jun 2014 9:00 AM

Muller meraikan jaringannya ketika membantu menewaskan Portugal 4-0 dalam saingan kumpulan G Piala Dunia Brazil awal pagi Selasa.

(Ubah saiz teks)

JOACHIM Low menghamburkan pujian ke atas Thomas Muller selepas pemain itu berjaya membantu Jerman membenam Portugal 4-0 dalam saingan kumpulan G Piala Dunia awal pagi Selasa.

Muller memecah kebuntuan menerusi penalti pada minit ke-12 sebelum terus meletakkan pasukannya di depan dengan melengkapkan hatrik.

Poaching: Muller turns the ball in from three yards to complete his hat-trick

Net gains: MUller goes to ground as the ball trickles past Eduardo in the Portugal goal

Selain itu, Mats Hummels turut membantu pasukannya menambah beban Portugal yang dipimpin bintang dunia, Cristiano Ronaldo.

Muller, 24, yang menjadi bintang Jerman bagaimanapun turut terpalit oleh kontroversi pada minit ke-37 yang berakhir dengan pertahanan Portugal, Pepe dilayangkan kad merah.

Pepe dikatakan telah melakukan kekasaran terhadap Muller ketika berlaku perebutan di kawasan gol Portugal.

Seeing red: Pepe butts Muller while the German is sat on the floor and is sent off
Berikutan insiden itu pengadil dari Serbia, Milorad Mazic menghukum Portugal untuk beraksi 10 pemain pada perlawanan pertama mereka.

Off you go: Pepe (second right) is sent off as Muller (left) is held back by team-mate Toni Kroos

Low yang teruja dengan aksi Muller berkata, "Dia (Muller) melakukan kerja yang hebat untuk Jerman.

"Dia membuatkan pertahanan lawan menjadi sibuk, membuka jurang dengan menjaringkan gol," katanya.

Jurulatih berusia 54 tahun itu memberitahu, Jerome Boateng dan Hummels juga mempamerkan aksi yang memukau kerana berjaya menutup peluang penyerang lawan menjaringkan gol.

Roar of delight: Muller celebrates putting Germany 1-0 up early on in Salvador Isolated: Ronaldo cuts a frustrated figure as Portugal collapse in the first half

It's one on one: Ronaldo faces up Muller and attempts to beat the Germany forward



Tags / Kata Kunci: Jerman , Portugal

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan